Pages

Monday, April 3, 2017

[KUANTAN] 72 RIBU BELUM GUNA BAUCHER KHAS PERKESO

72,000 belum guna baucar khas Perkeso



Hanya 12,000 daripada 84,000 memanfaatkan baucar khas Program Saringan Kesihatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di negeri ini yang diperuntukkan untuk pencarum berdaftar berusia 40 tahun.

Baucar dilancarkan sejak 2013 itu boleh digunakan untuk menjalani ujian saringan penyakit tidak berjangkit.

Pengarah Perkeso Negeri, Abu Hurairah Ahmad berkata, sepatutnya pencarum yang menerima baucar terbabit melakukan pemeriksaan kesihatan seperti diagihkan.

Menurutnya, bagaimanapun sikap berdiam diri boleh memakan diri sendiri kerana akan mengundang risiko lebih serius jika pencarum yang layak, tidak melakukan pemeriksaan awal.

“Bagi Perkeso, sebaiknya mencegah lebih baik daripada mengubati dan baucar khas ini adalah peluang terbaik untuk mengetahui tahap kesihatan sebelum ia menjadi lebih serius.

“Dengan hanya 12,000 daripada 84,000 baucar khas dimanfaatkan pencarum, membuktikan bahawa mereka tidak pentingkan penjagaan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata, baucar itu dilancarkan pada 2013 bagi membolehkan pencarum berdaftar menjalani ujian saringan berkenaan di klinik panel Perkeso di seluruh negeri ini.

Menurutnya, objektif utama bagi mengesan lebih awal penyakit seperti buah pinggang, jantung, darah tinggi dan kanser dalam kalangan pekerja.

“Bagi pencarum lelaki, mereka menerima satu baucar bagi ujian saringan manakala wanita menerima dua baucar berasingan untuk ujian saringan dan mammogram,” katanya.




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor