Pages

Wednesday, April 12, 2017

‘JANGAN AMBIL ANAK SAYA, TANGKAPLAH ORANG LAIN'


‘Jangan ambil anak saya, tangkaplah orang lain'


Teluk Intan - “Jangan ambil anak saya, tangkaplah orang lain, kalau dia ditangkap siapa nak jaga saya."

Demikian luahan hati ibu atau bapa penagih dadah yang ditahan oleh anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Hilir Perak setiap kali menjalankan operasi memberkas penagih.

Ketua Pegawai AADK Hilir Perak, Najmiah Hanafi berkata, situasi tersebut turut berlaku dalam Op Bersepadu yang dijalankan bermula 10 malam kelmarin dan berakhir 5 petang semalam.

“Dalam operasi ini, pihak AADK Hilir Perak berjaya menahan 41 penagih positif pelbagai jenis dadah di daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk.

“Pelbagai cabaran terpaksa kami hadapi bagi memberkas penagih berkenaan termasuklah halangan daripada ibu atau bapa individu yang ingin diberkas,” katanya kepada media selepas operasi berkenaan di Pejabat AADK Hilir Perak, semalam.

Beliau berkata, tindakan pantas anggota AADK berjaya menenangkan ibu dan bapa individu yang ditahan dan mereka diberi nasihat bahawa ia adalah untuk kebaikan anak mereka.

“Selain itu, kita juga berjaya menahan seorang remaja perempuan berusia 27 tahun bersama teman lelakinya di Kampung Selabak dalam operasi ini.

“Teman lelakinya yang berusia 30-an kemudiannya diserahkan kepada polis kerana mempunyai kesalahan memiliki dadah untuk tindakan lanjut,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor