Pages

Wednesday, March 22, 2017

SPEAKER DUN KELANTAN HALAU HUSAM


Speaker Dun Kelantan halau Husam


Kota Bharu - Sidang Dun Kelantan hari ini kecoh apabila Speker Dun, Datuk Abdullah Yakob mengarahkan Datuk Husam Musa (Amanah-Salor) dihalau dari dewan.

Ia berlaku ketika mana Husam memohon mencelah semasa sesi penggulungan yang dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Abdullah terdahulu melarang Husam daripada mengganggu ucapan Ahmad, namun tindakan Adun Salor terus bangkit menyebabkan beliau mengarahkan bentara membawa Husam keluar dewan.

Husam ketika ditemui di luar dewan kecewa dengan tindakan Speaker yang disifatkan tidak menjalankan amanah dengan sewajarnya.

"Saya hanya ingin tanya kelayakan Exco agama yang terdahulu mengeluarkan isu Fekah , (baiah) tindakan itu tidak wajar tetapi saya bangga," katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata, Husam sepatutnya menggunakan peluang untuk membahaskan isu semalam.

"Setiap ahli kena pengikut peraturan, kita sudah bekalkan buku.

"Bagaimanapun kita perlu menghormati keputusan speaker," katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor