Shah Alam - Pas akan menganjurkan solat hajat dan munajat yang akan diadakan seluruh negara malam ini.
Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, solat hajat berkenaan khusus mendoakan keselamatan 11 orang warga Malaysia yang merupakan kakitangan Kedutaan Malaysia di Korea Utara yang masih dihalang meninggalkan negara itu supaya mereka boleh kembali ke tanah air dengan selamat.
"Solat berkenaan akan diadakan selepas selesai solat Isyak kira-kira 8.45 malam," katanya.
Menurutnya pada masa yang sama, semua ahli Pas dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai propaganda di media sosial yang tidak berfakta dan bertanggungjawab.
"Jangan sebar sebarang spekulasi yang tidak berasas bagi menimbulkan ketegangan yang tidak wajar sebaliknya rujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor