Shah Alam - SME Corpooration Malaysia (SME Corp) bersama Persatuan Ibubapa Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia (Pibaik) dan Pertubuhan Pusat Pembangunan Ekonomi Wanita Pakistan Malaysia (Paknita) berjaya mendapatkan sejumlah wang bagi membantu kanak-kanak yang mempunyai kanser.
Ia sekali gus bertepatan dengan matlamat yang disuarakan dalam program Cancer Care - Pledge a Pen Project dianjurkan oleh Pibaik serta Paknita, dan telah dilancarkan bulan lalu.
“Kanser adalah masalah kesihatan utama di Malaysia yang memberikan kesan kepada orang dewasa mahupun kanak–kanak.
“Registri Kanser Kebangsaan merekodkan lebih 21,000 rakyat Malaysia disahkan vmenghidap kanser dan menganggarkan hampir 10,000 kes yang tidak berdaftar setiap tahun, berpunca daripada kebimbangan beban kewangan untuk rawatan terutama bagi keluarga kurang bernasib baik,” kata badan tersebut dalam satu kenyataan, kelmarin.
Beberapa syarikat swasta seperti KidZania, PTS Bookcafe, Smart Reader Worldwide dan Malaysian Yoghurt turut memberikan sumbangan.
Bagi pihak SME Corp, sumbangan diterima melalui warga kerjanya dan semua sumbangan diserahkan kepada Pibaik untuk tindakan seterusnya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor