Pages

Sunday, March 12, 2017

SAYA BUKAN TERORRIST - ZAKIR NAIK

Zakir Naik



SHAH ALAM - “Saya minta mereka yang tuduh saya terrorist menyebut demikian di hadapan khalayak,” kata penceramah terkenal dunia, Dr Zakir Naik.

Menurutnya, beliau hairan apabila ada yang menuduhnya pembawa agenda terrorist, sedangkan beliau tidak pernah melakukannya.

Beliau percaya mereka mempunyai agenda tersendiri, demi kepentingan diri sendiri atau organisasi.

“Saya tidak pernah lakukan pemberontakan atau keganasan terhadap manusia sepanjang hidup. Saya hanya sampaikan mesej kedamaian kepada seluruh manusia

“Ada beberapa pihak yang tidak mahukan kedamaian wujud di dunia ini. Jadi, untuk merealisasikan perkara tersebut, pihak terbabit membuat tuduhan tidak berasas terhadap saya,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian di Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), semalam.

Beliau menyifatkan pihak yang menggelarnya sebagai terrorist mungkin seorang terrorist, berdasarkan tuduhan dilemparkan terhadapnya. 

Selain melakukan keganasan secara fizikal, Dr Zakir mengklasifikasikan mereka yang menimbulkan persepsi keganasan terhadap minda manusia boleh dipanggil sebagai terrorist.

“Umumnya, ramai mengetahui ribuan penonton yang akan hadir sekiranya saya buat sesi ceramah dan ramai menerima mesej tersebut untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka.

“Ada pihak yang tidak senang dengan tindakan saya, lantas mereka buat tuduhan tidak berasas terhadap saya, sedangkan saya menyampaikan mesej kedamaian demi ALLAH SWT.

“Saya tidak hiraukan apa yang dilakukan mereka dan saya akan terus sampaikan mesej ini,” tegasnya.

Di sebalik tuduhan itu, Dr Zakir bersyukur kerana banyak negara Islam menyokong usahanya .

"Jika ditakdir masuk penjara pun saya tidak menyesal bahkan lega kerana menyampaikan mesej untuk kebaikan manusia sejagat.

Mengenai Islamic Research

Foundation yang digantung kerajaan India untuk tempoh lima tahun, beliau bersedia dibicarakan, tapi mahu ia dibicara di mahkamah antarabangsa.

“Saya minta Kerajaan India untuk melakukan pendakwaan terhadap saya di mahkamah antarabangsa atau di Malaysia," katanya.

Ketika ini, anggota yayasan dan ahli keluarga penceramah itu menerima ancaman dan ugutan oleh pihak tertentu.




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor