'Bicara Rakyat Bersama Tun Dr. Mahathir' anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diadakan pada 11.3.2017 jam 8.30 malam di Kampung Temin lalu didakwa dihadiri oleh 2500 'penonton'. Demikian menurut pihak penganjur dan pemimpin kanan kawasan parti berkenaan.
Jika benar bilangan yang dinyatakan itu, rakyat juga perlu tahu apakah faktor sebenar yang jadi tarikan 'penonton' untuk hadir dalam majlis tersebut.
Apa pihak membuat andaian bahawa kehadiran hanya sekadar ingin melihat mantan Perdana Menteri Tun Dr, Mahathir. Ada yang hadir hanya sekadar ingin mengetahui isu-isu yang dibawa apakah masih releven sehingga menjelang PRU akan datang. Tidak kurang juga yang hadir untuk menilai kewibawaan kepimpinan yang akan di tandingkan dengan calon yang akan kerajaan BN letakkan dalam PRU akan datang.
Pemilihan calon bukan sahaja berdasarkan kepada parti yang mereka wakili semata-mata, calon itu sendiri mestilah mempunyai ketokohan dan kewibawaan. Calon juga mestilah kelihatan bersih dan sememangnya bersih luar dan dalam.
Banyak pihak percaya walau siapa pun yang akan dicalonkan nanti, Sejarah silam calon itu sendiri akan tetap diperhatikan. Andainya calon tidak bersih maka sudah tentu segalanya akan diserlahkan kepada pengetahuan rakyat nanti.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor