Dengan penyertaan yang semakin menggalakkan dalam
Pahang International Marathon 2017, Kerajaan Pahang akan meluaskan acara –acara
membabitkan sukan lasak ke daerah-daerah lain pula.
Exco Pelancongan Dan Kebudayaan Pahang, Dato’ Sri Sharkar
Shamsudin berkata sudah ada penganjur yang akan mengadakan larian lasak di
daerah Raub selepas ini.
“Kerajaan Pahang menggalakkan pihak swasta untuk mengadakan
acara larian lasak di negeri Pahang. Jika bersesuaian dengan dasar kerajaan,
kita akan memberi kerjasama dari segi logistik dan promosi.”
“Sepanjang Tahun Melawat Pahang 2017, acara sukan lasak yang
telah disenarikan dalam kalendar pelancongan termasuk Balok Wind Challenge,
Cameron Highland 18 degress celcius, Pesta Jeram Besu dan Merapoh Bike Week.” Kata
beliau.
Dalam acara Kuantan International Marathon 2017 untuk
pertama kalinya diadakan Marathon penuh 42 kilometer kerana sebelum ini ia
dikenali sebagai Kuantan Half Marathon, penyertaan melebihi 4 ribu peserta
melebih jangkaan awal seramai 3 ribu peserta.
Hadiah berjumlah RM46 ribu diperuntukkan kepada pemenang
yang bertanding dalam kategori 42 km, 21
km 10 km dan 5 km.
Peserta larian melalui kawasan bersejarah di Kuantan, pantai
dan bukit sepanjang larian mereka.
Dato’ Sri Sharkar berharap Pahang International Marathan
akan mencapai taraf setanding dengan KL Marathon dan Penang Bridge Run.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor