Kemaman - Seorang buruh nyaris menjual empat biji bom lama yang dijumpainya dalam ladang kelapa sawit di Felda Neram 1, di sini, kerana pada awalnya menyangkakan bom berkenaan adalah ketulan besi buruk.
Tiga daripada empat objek yang ditemui itu berbentuk silinder dan satu lagi berbentuk bulat.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, buruh berkenaan, Husin Rokok, 30-an, menemui bom lama itu kira-kira jam 12 tengah hari semalam semasa sedang menabur baja di kawasan ladang sawit berkenaan.
Katanya, buruh berasal dari Lombok, Indonesia itu kemudiannya datang semula ke ladang itu lebih kurang jam 10 pagi semalam bersama seorang rakannya kerana mahu mengambil keempat-empat objek tersebut untuk dijual.
"Tapi apabila rakannya melihat objek-objek itu, rakannya mengesyaki bahawa ia adalah bom lama dan terus memaklumkan penemuan itu kepada pihak polis," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor