Umat Islam diingatkan supaya tidak menjadikan masjid sebagai tempat berpecah-belah hanya kerana perbezaan pendapat.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, sebarang perbezaan termasuk pegangan politik tidak seharusnya dibawa ke masjid.
Titah baginda, kedudukan masjid itu sendiri sebagai pusat ibadah dan lambang syiar Islam serta penyatuan ummah.
“Umat Islam juga perlu sentiasa mengimarahkan masjid, seperti saranan Menteri Besar, Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob supaya masjid dijadikan sebagai tempat bermesyuarat untuk memajukan umat Islam.
“Dengan seikhlas hati saya berharap semua pihak tidak jadikan masjid sebagai tempat berpecah belah sesama sendiri,” titahnya ketika berucap merasmikan Masjid Cengal Lempong, Balok, di sini malam kelmarin.
Turut berangkat, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Baginda turut berkenan menamakan Masjid Cengal Lampong yang dibina dengan kos hampir RM4 juta itu sempena namanya iaitu Masjid Tengku Abdullah Alhaj.
Turut diadakan, majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat selain sambutan ulang tahun perkahwinan Tengku Abdullah dan Tunku Azizah ke-31.
Titahnya, baginda bangga melihat perkembangan dan perjalanan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) dan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam pengurusan masjid dan surau.
“Cukup menakjubkan apabila terbinanya lebih 600 masjid di negeri ini yang dilengkapi pelbagai kemudahan,” titah baginda.
Tengku Abdullah bertitah, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah juga sentiasa beri keutamaan dalam menjayakan agenda berkaitan Islam dan Melayu tanpa pinggir kaum lain,
Sumber
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor