Pages

Monday, March 6, 2017

AZMIN PERLU PERJELAS SKNDAL YAWAS


Mohamed Azmin Ali



Shah Alam - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diminta untuk perjelaskan mengenai isu skandal Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo menuntut penjelasan daripada pihak Azmin mengenainya dan mendakwa sikap berdiam diri beliau itu tidak membantu.

"Azmin sepatutnya menjelaskan skandal Yawas seperti pendedahan (Pengerusi NGO Selangor, Datuk) Jamal (Md Yunos) dan bukannya memberi alasan 'siasatan sedang dibuat', sikap berdiam diri tidak akan menyelesaikan masalah dan kekusutan dalam pentadbirannya.

"Sementara itu, kepimpinan Pas dan Dap yang kononnya berjuang untuk integriti dan ketelusan juga senyap, apa sudah jadi dengan kerajaan Selangor kini?" soalnya dalam satu kenyataan media semalam.

Sebelum ini, Jamal yang juga Ketua Umno Sungai Besar mempertikaikan alasan di sebalik pelantikan seorang berstatus muflis mengetuai sebuah yayasan di Selangor bagaimanapun Azmin mendakwa bahawa beliau mengetahui mengenai status (muflis) tersebut.

Selain itu, terdapat juga laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan penyelewengan dana Yawas berhubung keraguan transaksi dana yayasan yang masih belum mendapat respon daripada Azmin.

Tambahnya lagi, rakyat kini juga jelas sudah muak dengan skandal-skandal yang terpalit pada kerajaan negeri.

"Rakyat Selangor kini sudah muak dengan skandal-skandal yang terpalit dengan kerajaan PKR negeri ini, sudahlah tidak menjawab soalan malah fakta sebenar pun cuba disembunyikan.

"Jika inilah contoh kerajaan bersih yang dilaungkan oleh Azmin, rakyat tidak teragak-agak akan menukar kerajaan dalam PRU14 kelak," katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor