Gua Musang - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan meneruskan kajian di Taman Negara Kuala Koh, di sini, bagi membuktikan kewujudan dinosaur ratusan tahun lalu di daerah ini.
Ini berikutan selepas Pasukan penyelidik Fakulti Sains Bumi (FSB) UMK melakukan kajian ke atas struktur batu di kawasan berkenaan dan mendapati kemungkinan tinggi untuk menjumpai spesis Theropod dan Sauropod.
Ketua Jabatan Geobumi FSB, Arham Muchtar Achmad Bahar, berkata setelah perbincangan dibuat bersama di UMK, mereka sepakat untuk meneruskan kajian sehingga menemukan fosil spesies berkenaan.
"Jenis batuan yang dijumpai sama seperti penemuan di sekitar Sungai Cicir, Gunung Gagau dan Tasik Kenyir di Terengganu yang pernah menjadi tempat penemuan fosil dinosaur.
"Kajian itu akan dilakukan di sekitar hutan di daerah ini dan memerlukan penyelidikan yang lebih teliti bersama pelbagai pihak seperti Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia serta Jabatan Perhutanan," katanya lagi.
Tambah Arham, penemuan fosil seperti gigi dan tapak kaki haiwan purba jenis itu di kawasan Sungai Cicir, Kuala Berang, oleh pasukan penyelidik, juga memberi gambaran besar kepada penemuan fosil di Hulu Kelantan ini kerana jaraknya hanya 60 kilometer (km) dari kawasan tersebut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor