Laman Facebook group IRDK (Kelantan) sensasi dengan beberapa foto daripada individu bernama Abiey Putra yang berkongsi penemuan sehelai sarung tangan di dalam tin sardin yang dibelinya.
Menerusi perkongsian tular itu, Abiey memuat naik tiga keping gambar jelas memaparkan sehelai sarung tangan yang dijumpai di dalam tin sardin jenama Yummy.
Menurut statusnya, sardin jenama Yummy itu dibelinya di sebuah kedai RM2 yang tidak dinyatakan lokasinya.
Sejauh mana kebenarannya mengenai kesahihan foto yang dikongsinya itu tidak dapat dipastikan.
Rata-rata netizen yang memberi reaksi kepada foto itu menyatakan rasa jijik dan loya melihatnya. Malah ada yang menyarankan supaya tidak membeli barangan yang kurang kualitinya.
Pada masa sama, ada juga segelintir netizen menyalahkan pengendali makanan tersebut kerana bersikap cuai mengendalikan makanan tersebut sekali gus meragui tahap kebersihan proses pembuatan produk dihasilkan.
Siri penemuan benda asing yang menjijikan dalam bahan makanan bukanlah perkara baharu malah telah banyak kali dilaporkan menerusi media tempatan dan laman sosial.
Tahun lepas masyarakat dikejutkan dengan penemuan cicak di dalam sos cili berjenama terkenal dan beberapa produk lain lagi.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor