(YB Dato' Lau Lee)
(En. Khalil b. Tik, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Jerantut)
( Pengerusi Komuniti Kg. Binjai bersama YB Dato' Lau Lee, Penghulu Mukim Teh
Ketua Kampung Kg. Lata Kasah dan Sungai Par)
Komuniti Kampung Binjai, Kg. Lata Kasah Jerantut telah menganjurkan program 'Taklimat Penubuhan Koperasi' bertempat di Balai Raya Kg. Lata Kasah petang semalam (9.3.2017).
Taklimat penubuhan koperasi itu telah diberikan oleh En. Khalil b. Tik, Ketua Wilayah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Jerantut. Taklimat selama kira-kira satu jam itu menjelaskan bagaimana sesebuah koperasi boleh ditubuhkan serta apakah faedahnya kepada masyarakat kampung secara terperinci.
Program taklimat berkenaan telah dilancarkan oleh YB Dato' Lau Lee, Adun Damak. Turut hadir dalam majlis itu adalah Tok Penghulu Mukim Teh serta Ketua Kampung Kg. Lata Kasah dan Ketua Kampung Kg Sungai Par.
Antara lain dalam ucapan pelancarannya YB Dato Lau Lee menyatakan dengan penubuhan koperasi dan homestay akan dapat memberi sumber ekonomi kepada penduduk kampung yang terlibat. Sama ada produk pelancongan ataupun pertanian ianya mestilah diserlahkan agar pengunjung Jerantut sama ada pelancong asing atau domestik akan melihatnya sebagai satu tarikan yang jadi satu kemestian.
Ramai pelancong yang mengunjungi Taman Negara namun mereka hanya melalui bandar Jerantut dan tidak bermalam dan ini sangat merugikan penduduk bandar Jerantut kerana tidak dapat menikmati limpahan ekonomi yang dibawa oleh pelancong-pelancong. Justeru, pengusaha-pengusaha pelancongan dan homestay perlu berusaha lebih keras untuk membolehkan pelancong tinggal di Jerantut dan berbelanja. Pihak kerajaan dan agensi berkenaan juga perlu melakukan sesuatu untuk tujuan ini.
Beliau juga memaklumkan bahawa Eastcoast Railway Link yang dirancang kerajaan akan melalui Kuala Krau yang hanya kira-kira 30KM dari bandar Jerantut. Adalah diharapkan pembinaan itu akan dapat membantu merancakkan ekonomi penduduk Jerantut sendiri khususnya sama ada memberi pulangan dalam sektor pertanian mahupun pelancongan.
Dengan tertubuhnya koperasi yang dicadangkan ini kelak adalah diharapkan agar ianya akan dapat meningkatkan ekonomi penduduk dan ini adalah matlamat utama, memenangi anugerah kecemerlangan desa atau desa lestari hanyalah satu pengiktirafan semata-mata.
Beliau percaya dengan adanya individu-individu tertentu yang dilihat berusaha keras membangunkan kampung beliau yakini bahawa segala usaha itu akan mencapai kejayaan akhirnya dan beliau sangat-sangat menantikan hasil yang memberangsangkan dari usaha berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor