Seorang lelaki bersama anaknya cedera parah selepas motosikal ditunggangi terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda di Kilometer (KM) 137.8 Jalan Kuantan-Johor Bahru sekitar jam 6.55 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Azli Mohd Noor berkata, ketika kejadian penunggang dipercayai dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah di sekitar Bandar Kuala Rompin.
Menurutnya, pegawai terlibat ke lokasi kejadian, namun mendapati motosikal dan kenderaan pacuan empat roda terlibat tiada di tempat kejadian dipercayai sudah dialih.
“Hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah Johor Bahru menuju ke Kuantan hendak memasuki simpang Syarikat Sri Rompin.
“Dalam masa sama, motosikal ditunggangi mangsa dari arah Kuantan muncul lalu melanggar bahagian sisi sebelah kiri belakang pacuan empat roda itu,” katanya.
Azli berkata, pemandu pacuan empat roda tidak mengalami kecederaan, manakala penunggang mengalami luka di bahagian kepala, muka, tangan sebelah kiri, lutut sebelah kiri dan masih menerima rawatan di Hospital Rompin.
“Anak penunggang motosikal terbabit mengalami luka di kaki kanan dan masih menerima rawatan di hospital sama. Kita menjustifikasikan kes ini sebagai cuai memasuki simpang,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor