Pages

Thursday, February 9, 2017

'MAT TERE' DITAHAN POLIS


'Mat Tere' ditahan polis


Kota Bharu - Muhammad Zul Apiz Baharum, 29, atau dikenali 'Mat Tere' ditangkap kira-kira jam 3 petang semalam,.

Ketua Pemuda Umno Negeri, Mohd Azam Ismail megharapkan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana dikategorikan tidak sempurna.

"Kami merayu dia tidak dikenakan tindakan undang undang berdasarkan dia dikategorikan sebagai individu kurang sempurna.

"Kami cukup yakin dia dipergunakan dalam isu ini memandangkan sudah beberapa kali dia menjadi viral video sebelum ini," katanya yang juga Ketua Pemuda Umno Ketereh kepada Sinar Harian, di sini, hari ini.

Terdahulu, satu rakaman yang disebarkan Mat Tere mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Difahamkan Mat Tere dikatakan ditangkap di bandar Kota Bharu yang ketika itu bersama rakan-rakannya.

Dalam masa yang sama sekumpulan warga Ketereh berkumpul berdekatan Ibu Pejabat Daerah Kota Bharu.

Dalam pada itu sepupunya, Yusrizam Ahmad, 42,yang tinggal di Kampung Dendang, Ketereh yakin Mat Tere diperalatkan.

"Ini adalah kes aniaya dan saya harap Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat siapa dalang yang membuat video berkenaan.

"Dia adalah anak yatim yang mana ibunya sudah meninggal dunia dan kini tinggal bersama bapa saudara kami," katanya.

Dia juga berharap polis menyiasat pihak yang bertanggungjawab kepada individu yang menpergunakan Mat Tere.

"Kami sekeluarga memohon jasa baik pihak istana Johor memaafkan apa yang berlaku atas kesalahannya kerana dia insan istimewa," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu kira-kira jam 10.15 malam hari tadi.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor