Selepas kejayaan pelakon Fattah Amin mengeluarkan buku tulisannya sendiri, kini tiba giliran pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad untuk mengikut jejak langkah aktor kacak itu.
Nabil berkata dia akan terlibat dalam satu penerbitan buku yang mana dia akan berkongsi amalan dan pengalamannya sebelum bergelar selebriti yang dikenali ramai kini.
Memetik mStar Online, Nabil berkata, “Saya ada menulis dan berkongsi tentang pengalaman kehidupan saya sebelum bergelar artis sehingga sekarang, bak kata orang from zero to hero la.”.
“Mereka minta apa yang saya amalkan yang membuatkan orang sekeliling berasa senang dengan saya dan antara yang saya kongsi ialah amalan ibu saya sentiasa bersedekah dengan duit yang dia ada kepada orang yang memerlukan.
“Jika ibu saya ada RM10 di tangan dia akan bagi orang yang bersedekah separuh duit yang dia ada, perkara itu juga saya ikut sehingga sekarang,” ujarnya.
Proses perbincangan menghasilkan buku itu terjadi selepas Nabil dihubungi saudara Syamsul Yusuf iaitu Dr Anwar Fazal yang berminat untuk menerbitkan buku tentang pengalaman Nabil bersama beberapa artis lain yang terpilih sama.
Sementara itu, Nabil kini sedang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat bagi menemubual artis Hollywood di karpet merah sempena Anugerah Akademi (Oscar) ke-89 yang berlangsung pagi tadi.
Antara bintang ternama yang sempat ditemubual Nabil ialah Jackie Chan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor