Labuan – Majlis Belia Labuan membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook kerana menyiarkan fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menghina masyarakat Islam.
Presidennya, Basran Yunus berkata laporan itu dibuat mereka di Balai Polis Labuan, semalam.
Beliau berkata pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘JAMES HUNT’ turut didakwa membuat kenyataan yang biadap terhadap Perdana Menteri.
“Kami mahu pihak berkaitan mengambil tindakan tegas. Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia perlu menyiasaat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
“Kenyataan tidak bertanggungjawab itu boleh mencetuskan keadaan tidak harmoni dan perpecahan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” kata Basran ketika dihubungi.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor