Seorang pembantu kedai merayu abang kandungnya tampil ke Mahkamah Rendah Syariah Kuantan sebagai wali berikutan usahanya untuk berkahwin tidak kesampaian sehingga kini.
Nor Azeanwati Chik, 38, berkata, abangnya Mohd Rokizan, 40, yang juga anak sulung daripada tiga beradik adalah wali yang masih tinggal selepas bapanya meninggal dunia pada 2005.
“Setakat ini abang masih gagal hadir ke mahkamah dan dia diminta datang pada 22 Februari ini pada jam 9 pagi.
“Ini adalah usaha terakhir kerana saya diminta oleh mahkamah untuk membuat pengumuman dan jika tidak datang juga barulah saya boleh mengemukakan prosedur untuk menggunakan wali hakim,” katanya ketika berkunjung ke pejabat Sinar Harian, di sini kelmarin.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor