Seremban – Prihatin dengan nasib penduduk kurang upaya, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Kiara, Sikamat, di sini, mengadakan program bantuan kepada golongan asnaf, semalam.
Program kerjasama KRT dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perkasih negeri itu menyumbangkan wang tunai dan barangan keperluan dapur kepada tiga penduduk kurang upaya.
Pengerusi KRT Taman Desa Kiara, Yusri Mohd Noor berkata, tiga penduduk terpilih menerima bantuan berkenaan kerana terlantar sakit akibat strok.
Menurutnya, penerima Said Osman, 63, mengalami strok selepas terlibat dalam kemalangan di Sikamat, baru-baru ini.
"Manakala dua penerima wanita berusia 85 tahun dan 23 tahun turut terlantar akibat strok. Pihak KRT telah menyampaikan sumbangan wang tunai, manakala Perkasih menyumbang bantuan beras, lampin dan barangan keperluan dapur,” katanya.
Menurutnya, sumbangan itu hasil kutipan derma dalam kalangan Ahli Jawatankuasa KRT yang ingin membantu meringankan beban penerima.
“Kita menerima kerjasama amat baik dari AJK KRT sendiri kerana sudi menghulurkan sumbangan wang tunai bagi membantu penerima yang memerlukan bantuan.
“Alhamdulillah, hasil sumbangan yang diberikan kita telah mengadakan program ini dan telah menyampaikan bantuan wang tunai sebanyak RM300 bagi setiap penerima,” katanya di sini, semalam.
Hadir sama, Pengerusi Perkasih negeri, Mohd Raziff Mansor.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor