Pages

Saturday, February 4, 2017

HONDA MALAYSIA PANGGIL BALIK 24,962 KENDERAAN


Honda Malaysia


Honda Malaysia Sdn Bhd memanggil balik 24,962 unit kenderaan model tahun 2012 untuk mendapatkan pengggantian inflator beg udara bahagian hadapan penumpang Takata.

Dalam satu kenyataan hari ini, Honda Malaysia berkata, model terlibat ialah Accord, Jazz, Jazz Hybrid, City, Freed dan Insight.

Syarikat melanjutkan langkah proaktif bagi memastikan keselamatan pelanggan yang merupakan keutamaannya, katanya.

"Kami menegaskan bahawa semua model yang sedang kami jual, tidak akan terjejas dan akan terus mendokong kawalan yang telus dan ketat bagi memastikan keselamatan pengguna," katanya.

Honda Malaysia berkata syarikat akan memaklumkan semua pelanggan yang terjejas melalui surat pemberitahuan, termasuk perincian terkini produk tersebut. 

"Pelanggan yang menerima surat ini digalakkan menghantar kenderaan mereka kepada pengedar Honda yang sah untuk membuat pemeriksaan dan penggantian," katanya.

Mereka juga boleh memeriksa status ptarik balik kenderaan dengan melayari www.honda.com. atau www.productrecall.honda.com.my atau menghubungi Honda di talian bebas tol 1-800-88-2020.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor