Pages

Sunday, February 12, 2017

HENTI SEMBUNYI FAKTA KIT SIANG KETUA PEMBANGKANG




Kuala Lumpur - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata DAP perlu berhenti menyembunyikan fakta bahawa Lim Kit Siang ialah Ketua Umum gabungan pembangkang Pakatan Harapan.

"Lim Kit Siang ialah Ketua Umum Pakatan. DAP perlu berhenti daripada cuba menyembunyikan perkara itu," kata beliau dalam Twitter.

Najib berkata pengundi tahu bahawa DAP menguasai paling banyak kerusi dalam pakatan pembangkang.

"Dan LKS (Lim Kit Siang) sebenarnya yang menjadi ketua," kata perdana menteri mengenai Penasihat DAP itu.

Najib membuat kenyataan itu susulan pihak-pihak dalam kalangan parti pembangkang saling berbalas kenyataan mengenai siapa ketua mereka.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor