Pasir Puteh - Seekor anak buaya dipercayai tersesat ketika bencana banjir baru-baru ini berjaya ditangkap Angkatan Perrhanan Awam (APM).
Buaya tembaga seberat 15 kilogram dan sepanjang 1.5 meter itu ditemui di kolam memancing tinggal di Kampung Jelor Hilir dekat sini.
Pegawai Pertahanan Daerah Pasir Puteh, Nik Mohd Nur Nik Mat berkata, penduduk, Mat Ayub Awang menghubungi APM selepas terserempak dengan buaya berkenaan pagi semalam.
"Buaya itu ditemui sedang memakan bangkai biri-biri di tepi kolam, kami bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan daripada penduduk.
"APM dengan kekuatan enam anggota dan dibantu seorang penduduk menganbil masa 25 minit untuk menangkap buaya berkenaan," katanya.
Katanya, walaupun buaya itu agak agresif, anggota APM berjaya menangkapnya sekali gus memastikan penduduk kawasan itu bebas ancaman reptilia berkenaan.
Menurut Nik Mohd Nur, buaya itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) hari ini untuk tindakan selanjutnya.
Kolam memancing yang terletak kira-kira satu kilometer dari sungai itu tidak beroperasi sejak beberapa tahun lalu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor