DAP dengan biadap mahu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) berdasarkan kurikulum Taiwan diiktiraf Pakatan Harapan diketuainya jika berjaya memerintah negara ini selepas Pilihan Raya Umum (PRU).
Pengarah Biro Hal-Ehwal Varsiti Pemuda DAP, Leong Yu Sheng mendakwa konon rakyat Malaysia dapat meraikan kepelbagaian dan mengenepikan asimilasi dalam aspek pendidikan serta kebudayaan dengan mengiktiraf UEC
Malah, beliau dengan angkuh menuntut sistem pendidikan UEC yang diwujudkan pihak Dong Jiao Zong sejak 1975 itu dijadikan sebagai warisan kebangsaan walaupun tidak selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Untuk rekod, teras polisi pendidikan negara yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein ekoran tragedi berdarah 13 Mei 1969 antara lain mementingkan pemerkasaan bahasa Melayu.
“Rakyat sepatutnya mempunyai hak untuk memilih mana-mana aliran pendidikan yang diingini tanpa diskriminasi walaupun akan wujudnya perbezaan dari segi bahasa pengantar, kebudayaan, sukatan pelajaran dan sebagainya.
“UEC telah lama ditindas kerajaan UMNO yang konservatif zalim. Saya seru Pakatan menyenaraikan pengiktirafan UEC dalam Manifesto Bersama ketika PRU ke-14 demi tanah air ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Dong Jiao Zong sejak beberapa dekad lalu mendesak agar kerajaan Malaysia ditunjangi UMNI mengiktiraf UEC yang semua silibusnya menggunakan bahasa Cina sebagai kelayakan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Kerajaan Malaysia namun tidak dapat membenarkan perkara itu memandangkan ia bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan bahasa kebangsaan sebagai syarat penting dalam bidang akademik.
Mengulas perkara itu, Yu Sheng mempersoalkan mengapa IPTA konon menerima ramai pelajar antarabangsa yang tidak fasih dalam Bahasa Malaysia tetapi tidak boleh menerima pelajar UEC yang tidak fasih berbahasa Melayu.
“Ini menunjukkan piawaian penerimaan masuk ke IPTA adalah berdasarkan pencapaian taraf akademik pemohon dan bukannya Dasar Pendidikan Kebangsaan yang sering dijadikan alasan kerajaan,” dakwanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor