Persatuan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Pahang (TERATAI)
bersama KPJ Pahang Specialist Hospital buat julung-julung kalinya mengadakan
Majlis Berkhatan Beramai-ramai di KPJ Specialist Hospital, Tanjung Lumpur.
Mensasarkan anak-anak Rohingnya, asnaf, anak-anak yatim di sekitar Kuantan dan juga anak-anak
anggota pekerja KPJ Pahang, seramai 75 orang kanak-kanak berusia 7 hingga 15
tahun . Seramai 20 kanak-kanak Rohingnya dari Pusat Pembelajaran Rohingnya
Kuantan turut terlibat dalam majlis ini.
TERATAI di bawah naungan Datin Seri Diraja Junaini Kassim bersama
KPJ Pahang menjalankan tanggong-jawab social mereka membantu anak-anak
di kalangan yang memerlukan dengan manwarkan perkhidmatan berkhatan secara
percuma.
Dato’ Dr Khaled Mat Hassan mewakili Pengarah Perubatan KPJ
Pahang merangkap Pengarah Perubatan KPJ Kuntan Dialysis Centre turut sama hadir
pada program ini selain sama-sama mengkhatankan kanak-kanak pada hari tersebut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor