Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) akan mengadakan satu program 'Bicara Karya' pada 22 Disember 2016 bertempat di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmah Shah Kuantan.
Program yang membiacarakan karya penulis-penulis Pahang ini dijadualkan akan dimulakan pada jam 8.30 pagi. Pembicara terdiri daripada Dr Norazimah Zakaria (UPSI) Dr A Halim Ali (UPSI) dan Dr Mohd Mansor Abdullah (DPMP). Moderator Sdr Usman Gumanti Ibrahim (SU 2 GAPENA ).
Program ini dengan kerjasama Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) dan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah itu adalah sebahagian dari kegiatan Dewan Persuratan Melayu Pahang bagi tahun ini.
Ketua 1 Dewan Persuratan Melayu Pahang, Dato' Mohd Mansor Abdullah berharap peminat-peminat sastera di sekitar Kuantan dan seluruh negeri Pahang agar dapat hadir beramai-ramai di majlis berkenaan bagi memeriahkan penulisan dan kesusastraan negeri Pahang.
Ketua 1 DPMP (2 dari kanan) bersama barisan AJK ketika lawatan ke
Pejabat Pelancongan Malaysia Negeri Pahang tidak lama dulu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor