Pages

Wednesday, December 28, 2016

KEMARUK 'PESAKIT JIWA'




Kalau melihat kegelojohan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memviralkan sesuatu fitnah, wujud satu stigma:

“Dia ini `pesakit jiwa’ ke?”.

Ya lah, macam mana tidak begitu telahan atau fikiran semua rakyat Malaysia terhadapnya? Sudah banyak kali si Rafizi ini berurusan di mahkamah. Banyak fitnahnya yang melekat dalam keputusan hakim. Tetapi dia ini tidak pernah insaf.


Memang kemaruk publisiti lagaknya.

Kalau ikut biodatanya, wah! bukan main perwatakan kacang lupakan kulit tindak tanduknya. Sudahlah suatu ketika dulu menjadi penerima biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Leeds, selepas tamat pengajian…hampas.

Kalau bab `statistik dan perangkaan’, bagi pada Rafizi. Diputar-putar dan dipintal-pintal, terus jadi `baju fitnah’.

Yang hairannya `pemakai baju fitnah’ ini cuma ada pengalaman bekerja enam tahun sahaja dari 2003 hingga 2009 sebelum masuk politik. Tapi lagak dan aksinya wah! bukan main lagi. Selalu sahaja anggap dirinya lebih pakar daripada mereka yang berada dalam bidang akauntan berpuluh-puluh tahun.

Cuba lihat senarai ruangan hukuman fitnah dihadapi Rafizi. Sudah berapa kali Rafizi dihadapkan ke mahkamah dan dihukum? Dah lima kali kamu berurusan di mahkamah.

Yang terbaharu Rafizi ini berbohong lagi mendakwa kos RM21 bilion adalah bagi jajaran MRT sejauh 21 kilometer yang dibuka baru-baru , yakni kononnya RM1 bilion bagi setiap kilometer.

Padahal fakta sebenarnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan RM21 bilion itu untuk keseluruhan pakej Fasa 1 dan 2 MRT1 berjarak 51km.

Kalau bermain dengan `angka pusing-pusing’, Rafizi memang `pakar’. Tetapi kalau sesiapa buat kerja rumah (homework) lebih sedikit semak balik apa didakwa oleh Naib Presiden PKR ini pasti akan menemukan autanya.

Bab manipulasi atau spin (putar belit), si Rafizi ini memang `maha karya’. Kalau tidak betul-betul melihat dan mengkaji kelicikannya, sesiapa pun boleh tersadung.

Kita rakyat Malaysia amat sedih andai gaya politik sebegini masih melingkari minda pakatan harapan diketuai DAP. Ini terutama menjelang pilihan raya umum ke-14.

Dibimbangi kerajaan yang mantap dan stabil sekalipun dalam satu-satu ketika berisiko nyaris hilang kuasa atau nasib tidak baik, kecundang.

Politik viral auta sebegini harus dikekang. Bila fitnah bertebaran, keruntuhan sesuatu bangsa, negara hatta tamadun pun tidak akan bertahan. 

Ini setelah `damage has been done’.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor