Chicago - Sembilan termasuk remaja menghadapi tuduhan selepas polis menemui seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dikurung di dalam sebuah kotak kayu.
Beberapa pegawai polis dari Pulaski County menyerbu kediaman di pekan kecil yang terletak 65km dari Chicago selepas menerima laporan penderaan kanak-kanak dan menemui seorang mangsa di dalam sebuah kotak kayu.
Kanak-kanak malang itu dikatakan diletakan di dalam bekas kecil yang mempunyai cadar kotor, alas dan pepijat mati pada waktu malam dan dalam tempoh masa yang lama.
Susulan penemuan pada 14 Disember lalu, Patricia Meeks, 18, Donna Short, 42 dan Christopher Short, 25, telah didakwa atas kesalahan pengabaian kanak-kanak.
Sementara itu, enam orang termasuk lima remaja, didakwa gagal melaporkan penderaan kanak-kanak.
Sheriff Jeffrey Richwine berkata, penemuan ini adalah sukar dipercayai apabila mendapati kanak-kanak diletakkan di dalam bekas sebegitu dan ini adalah kes paling teruk melibatkan penderaan kanak-kanak yang pernah dihadapinya.
"Saya tidak pernah berdepan kes sebegini," katanya dipetik Mail Online.
Richwine juga berkata, dia percaya kotak kayu berkenaan kadang-kadang dikunci dari luar bagi mengelakkan kanak-kanak berkenaan keluar.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor