Georgetown: Tiga lelaki maut, manakala tiga yang lain parah ditembak di Lebuhraya Lim Chong Eu, dekat sini, awal malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.15 malam itu dikatakan berpunca daripada kemalangan jalan raya membabitkan empat kenderaan di kawasan berhampiran Pusat Komersial E-Gate, di sini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun tidak mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.
Bagaimanapun, sumber berkata, semua mangsa terkena tembakan rambang dilepaskan seorang lelaki yang turut terbabit dalam kemalangan itu.
Antara yang cedera adalah jurukamera RTM Pulau Pinang, Mohamad Amirul Amin Amir, 27, yang terkena satu das tembakan dilepaskan lelaki tidak dikenali itu pada bahu kiri.
Berdasarkan maklumat, ketika kejadian Mohamad Amirul dan seorang rakan menaiki sebuah motosikal menuju tapak pesta Pulau Pinang, namun terserempak dengan kemalangan berkenaan.
Kedua-dua mereka dikatakan berhenti untuk melihat keadaan, sebelum Mohamad Amirul tiba-tiba ditembak.
Difahamkan, ketika ini, semua tiga mangsa yang cedera, termasuk seorang wanita dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan kecemasan. Berdasarkan maklumat, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisioner Zainol Samah, dijangka mengadakan sidang media dalam tempoh terdekat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor