Petaling Jaya: Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 mendedahkan perbezaan harga yang ketara untuk jenis dan spesifikasi sama peralatan pengajaran dan pembelajaran.
Menurut laporan yang dikeluarkan hari ini, perbezaan harga itu antara 17% (RM1,000) hingga 900% (RM7,200) untuk peralatan daripada jenis dan spesifikasi sama.
Ini berdasarkan pengauditan dari Oktober 2015 hingga April 2016.
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, untuk memastikan ia berbaloi bagi kerajaan, semua kolej komuniti perlu memastikan setiap pembelian dibuat berdasarkan prosedur kewangan dan kawalan dalaman.
Ambrin berkata, pembelian peralatan bertujuan menambah baik kemahiran sumber manusia dan memperluaskan akses untuk kualiti latihan teknikal dan vokasional di 52 kolej komuniti.
Antara 2012 hingga 2015, RM61.71 juta dibelanjakan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti.
Ketua audit negara mendapati peruntukan berlebihan daripada sokongan makanan asrama sebanyak RM1.46 juta bagi 14 sekolah berasrama dibelanjakan untuk membeli aset, namun bukan untuk pengajaran dan pembelajaran.
“Ini termasuk penyelenggaraan dan pembaikan kecil untuk sekolah dan asrama melebihi RM50,000 setahun, yang tidak mengikut garis panduan ditetapkan.”
Sehubungan itu, Ambrin mengesyorkan pihak pentadbiran asrama melaporkan prestasi perbelanjaan mereka kepada Kementerian Pendidikan Tinggi atau Jabatan Pendidikan Negeri untuk tujuan pemantauan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor