Pages

Tuesday, November 22, 2016

AFF: KEKALKAN SEMANGAT JUANG HARUNGI AKSI SETERUSNYA


Pertemuan Khairy-FAM Belum Capai Kata Putus


Tanjung Malim – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mahu skuad bola sepak negara di Piala AFF Suzuki mengekalkan semangat juang yang ditampilkan ketika menewaskan Kemboja 3-2, apabila berdepan Vietnam, Rabu ini.

Pada masa sama, Khairy berharap barisan pertahanan negara dapat dimantapkan lagi agar skuad Harimau Malaysia dapat sekurang-kurangnya memperoleh satu mata berdepan juara 2008 itu, bagi memudahkan laluan ke separuh akhir.

“Saya ucapkan tahniah kepada Harimau Malaysia. Ia satu kemenangan yang walaupun sukar dicapai, akhirnya dapat disempurnakan juga.

“Namun saya harap (jurulatih) Datuk Ong Kim Swee dapat menyediakan pemain menghadapi cabaran yang lebih besar menentang pasukan pilihan Vietnam nanti,”katanya.

Beliau diminta mengulas persembahan skuad negara selepas merasmikan Jelajah Kampus Rakan Muda 2016 di Universiti Pendidikan Sultan Idris kampus Sultan Abdul Jalil di sini semalam.

Pada aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Thuwunna, Yangon, Myanmar, semalam Malaysia bangkit dua kali sebelum menang 3-2 ke atas Kemboja manakala Vietnam menewaskan tuan rumah 2-1.

Mengulas lanjut, Khairy berkata dua gol mudah yang diberikan kepada Kemboja tidak sepatutnya berlaku sekiranya skuad Harimau Malaysia lebih berwaspada mengawal pergerakan lawan.

Oleh itu, beliau mahu Kim Swee memperbaiki mutu permainan anak buahnya menjelang pertemuan menentang Vietnam kerana lawan itu mempamerkan rentak yang pantas semasa menentang Myanmar.

Beliau turut berharap skuad Harimau Malaysia mampu sekurang-kurangnya menyamai pencapaian pada edisi lalu dengan mara ke pentas akhir dalam kejohanan bola sepak serantau itu.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor