Pages

Friday, October 14, 2016

PKIM HADIAH GUAN ENG PENYAPU


Lim Guan Eng


Georgetown - Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) hari ini menghadiahi dua batang penyapu kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai simbolik membantah perhimpunan Bersih di Pulau Pinang.

Penyapu bersama-sama memorandum bantahan itu diserah kepada Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zahar Zainul untuk disampaikan kepada Lim di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

Presiden PKIM Aminah Abdullah berkata, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP‎ sepatutnya membersihkan dirinya daripada tuduhan rasuah dan penyelewengan kuasa terlebih dahulu sebelum memberi sokongan kepada perhimpunan Bersih.

"Perhimpunan itu tidak perlu dibuat di Pulau Pinang kerana ia boleh mengganggu keharmonian dan kesejahteraan orang ramai. Kami juga menerima aduan dan bantahan daripada orang ramai terutama peniaga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan perhimpunan Bersih dan penyapu itu.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor