
Ipoh - Pengasas produk Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dihadapkan ke mahkamah sesyen, di sini semalam atas 32 pertuduhan gagal mengemukakan penyata dan membayar cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam tempoh bercukai melibatkan jumlah kira-kira RM4.2 juta.
Hasmiza, 45, atau lebih dikenali Dr Vida mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Murtazadi Amran bagi semua pertuduhan dibacakan masing-masing 16 di bawah Seksyen 41(7) dan Seksyen 41(6) Akta GST 2014 yang dilakukan dalam tempoh April 2015 hingga Julai 2016.
Mahkamah membenarkan wang jaminan RM60,000 bagi setiap pertuduhan dibawah Seksyen 41(7) dan RM50,000 dibawah Seksyen 41(6) masing-masing dengan seorang penjamin dengan jumlah keseluruhan RM1.76 juta.
Mahkamah turut menetapkan pasport dan sebarang dokumen perjalanan milik tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga prosiding perbicaraan selesai.
Kes disebut semula pada 15 November depan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Farah Ezlin Yusop Khan sementara tertuduh diwakili peguam Syed Ahmad Syed Abas dan Khairil Azwar Khalil.
Sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor