Kuala Lumpur - Tindakan beberapa ahli parlimen pembangkang keluar daripada Dewan Rakyat semasa pembentangan Bajet 2017 sedang berlangsung semalam menunjukkan pihak pembangkang mahu melayan Dewan Rakyat seperti sarkas.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, pembentangan bajet tahunan di Dewan Rakyat adalah merupakan urusan yang serius.
"Ini adalah peluang bagi MP pembangkang untuk mengambil bahagian dalam Bajet dan mengemukakan idea mereka kepada Dewan Rakyat jika mereka merasa mempunyai sebarang idea.
"Ia cukup buruk yang pembangkang tidak mempunyai kabinet bayangan dan Menteri Kewangan bayangan," katanya dalam posting blog terbaharu beliau di (http://sskeruak.blogspot.my/).
Dalam tindakan itu beberapa ahli parlimen pembangkang mengangkat poster dan bertindak keluar Dewan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membentangkan Bajet 2017.
Mereka yang terdiri daripada Anggota Parlimen daripada Pakatan Harapan yang mengandungi parti PKR, DAP dan Amanah berbuat demikian ketika Najib yang juga Menteri Kewangan mula menyebut sesetengah pihak mendakwa Bajet 2017 sebagai sandiwara.
Salleh menegaskan sebaliknya untuk melihat bagaimana Anggota Parlimen pembangkang boleh menyumbang sesetengah idea, mereka bertindak keluar Dewan dan menunjuk perasaan.
"Tahap kematangan Anggota Parlimen pembangkang jatuh pada tahap paling rendah. Perlukah segala-segalanya dijadikan demonstrasi menunjuk perasaan.
"Sebaliknya dengan berjalan keluar pada pertengahan pembentangan bajet, mereka setidak-tidaknya tunggu selepas ia berakhir dan berbahas mengenai bajet terlebih dahulu," tambah beliau.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor