Beijing - Jika sebelum ini, China membuka jambatan kaca terpanjang di dunia yang terletak di Zhangjiajie, kali ini, tandas kaca pula dibuka.
Tandas kaca itu dibina dekat Tasik Shiyan di selatan wilayah Hunan menjanjikan pemandangan hutan disekeliling dan dibawah binaan itu.
Memetik BBC, bahagian tandas lelaki dan wanita hanya dihalangi oleh dinding kaca tembus pandang.
Media tempatan melaporkan, walaupun keadaan tandas sebegitu, hanya beberapa pengunjung berani mengunakan tandas itu pada waktu siang.
Sebelum ini, jambatan kaca terpanjang dibuka semula buat orang ramai selepas ditutup buat sementara sebelum ini.
Pihak pengurusan memaklumkan bahawa jambatan terbabit terpaksa ditutup selepas dibuka selama 13 hari.
Penutupan sementara jambatan itu adalah berikutan daripada sambutan menggalakkan daripada para pengunjung serta kekurangan pengalaman pengurusan di kalangan kakitangan.
Jambatan kaca sepanjang 430 meter itu mula di buka kepada orang ramai pada 20 Ogos lalu.
Ia turut diturap dengan tiga lapisan 99 panel kaca telus yang tergantung antara dua tebing curam setinggi 300 meter dari permukaan tanah.
Malah, jambatan kaca ini turut memecahkan 10 rekod dunia sebelum ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor