Pages

Friday, September 30, 2016

'MY MOBILE RIGHTS' CARA MUDAH LAPOR ADUAN


internet


Kuala Lumpur - Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia (CFM) memperkenalkan 'MY Mobile Rights', aplikasi mudah alih untuk menguruskan aduan daripada pengguna telco.

Pengerusinya, Megat Ishak Maamunor Rashid berkata aplikasi itu berfungsi sebagai platform tambahan dan penting kepada pengguna untuk mengemukakan aduan berkaitan perkhidmatan komunikasi dan multimedia dengan menggunakan telefon pintar mereka.

"Pada 2015, lebih 97 peratus aduan diselesaikan oleh CFM dan baki tiga peratus lagi diselesaikan dalam tempoh suku pertama tahun ini.

'My Mobile Rights' membantu mempermudahkan proses aduan oleh kerana ia memberi pengalaman lebih baik kepada pengguna dengan reka bentuk antara muka yang lebih intuitif dan minimalis, katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Megat Ishak berkata Jabatan Pengurusan Aduan dan Pematuhan CFM bekerjasama rapat dengan pelbagai penyedia perkhidmatan bagi memastikan semua kes dapat diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan oleh Kod Amalan Am Pengguna bagi industri komunikasi dan multimedia negara setiap tahun.

Beliau berkata, CFM menerima 4,748 aduan setakat Ogos tahun ini menerusi pelbagai saluran seperti Portal Aduan Dalam Talian, hotline pengguna, e-mail, aplikasi mudah alih dan secara bersemuka.

CFM diberi mandat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyediakan platform bagi mengemukakan aduan dalam perkara berkaitan pengguna dan melancarkan penyelesaian aduan seperti itu.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor