Kulim - Jabatan Kesihatan Kedah menyatakan penambahan dua lagi rotavirus melibatkan kanak-kanak dan telah dimasukkan ke hospital hari ini setelah mengunjungi Bukit Merah Lake Town pada Sabtu lalu.
Pengarahnya, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata sehingga jam 4 petang semalam seorang kanak-kanak berusia setahun tiga bulan telah dimasukka ke Hospital Kulim manakala seorang lagi berusia setahun sebulan telah dimasukkan ke Hospital Jitra untuk menerima rawatan.
Menurutnya, kedua kanak-kanak ini mula mengalami gejala cirit birit dan muntah sejak 26 September lalu dan mengakui telah berkunjung ke Bukit Merak Lake Town pada 24 September lalu.
"Ada penambahan dua lagi kes melibatkan dua kanak-kanak yang mempunyai sejarah mengunjungi taman tema berkenaan, namun pihak hospital berkenaan sedang menunggu keputusan makmal untuk pengesahan.
"Dengan penambahan dua kes ini jumlah kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital akibat rotavirus ekoran mengunjungi Bukit Merah Lake Town meningkat kepada sembilan orang," katanya.
Semalam, akhbar melaporkan terdapat tujuh kanak-kanak berusia 11 bulan hingga 10 tahun telah menerima rawatan di dua hospital berbeza iaitu Hospital Kulim dan hospital swasta di Sungai Petani akibat jangkitan rotavirus selepas mandi di tama tema tersebut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor