Aktiviti hiking sudah menjadi satu sukan pilihan ramai lebih-lebih lagi buat anak muda di tanah air ditambah lagi dengan kos yang murah juga turut menjadi punca utama aktiviti ini semakin disukai oleh anak-anak muda yang dahagakan aktiviti lasak.
Tidak dinafikan juga bahawa Malaysia mempunyai banyak tempat-tempat menarik dan juga sesuai untuk dijadikan aktiviti riadah di hujung minggu bersama rakan-rakan mahupun keluarga.
Bukit Tabur
Lokasi pertama yang menjadi pilihan adalah Bukit Tabur. Trek Bukit Tabur ini dikatakan agak mencabar kerana anda harus mendaki dan juga memanjat untuk sampai ke puncak.
Ada dua jalan untuk di bukit ini untuk tiba ke puncak iaitu Tabur east dan Tabur west. Kepada mereka yang baru berjinak-jinak di dalam aktiviti ini, anda dinasihatkan untuk menggunakan Tabur West. Lebih baik sekiranya anda mempunyai pembimbing untuk keselamatan.
Bukit Broga
Lokasi kedua adalah Bukit Broga. Terletak di Semenyih, trek bukit ini sesuai sekali untuk mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dengan hiking. Mempunyai pemandangan yang indah di puncak. Jalan ke puncak juga tidak begitu mencabar.
Sungai Chiling
Seterusnya adalah Sungai Chiling. Menariknya mengenai sungai Chiling ini ialah air terjunnya. Dikatakan air terjun Sungai Chiling ini adalah antara yang terbaik di Selangor. Untuk sampai di kawasan air terjun ini anda perlu mendaki selama kira-kira satu jam.
Terdapat yuran yang minima dikenakan sebelum mula treking ke air terjun. Bekas makanan serta beg plastik juga turut dikira sebelum masuk dan deposit dikenakan. Ini adalah untuk menjaga kebersihan kawasan tersebut.
Mossy Forest
Lokasi keempat adalah Mossy Forest. Terletak di Bukit Brinchang, Cameron Highland, nama Mossy Forest ini amat sesuai sekali kerana keadaan kawasan yang berlumut dan berlumpur. Untuk treking di sini, anda digalakkan memakai kasut yang boleh diikat kemas kerana keadaannya yang berlumpur.
Bukit Batu Putih
Lokasi terakhir adalah Bukit Batu Putih yang terletak di Port Dickson. Uniknya tempat ini adalah rumah api tanjung tuan yang diberi nama Cape Rachado. Rumah api ini merupakan rumah api pertama di Malaysia dipercayai dibina pada abad ke-16 sewaktu di bawah pemerintahan portugis.
Pada mereka yang sukakan aktiviti treking dan hiking masih tercari-cari aktiviti untuk hujung minggu ini mungkin boleh pergi ke salah satu lokasi ini untuk merasai sendiri pengalaman.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor