Kuala Lumpur - Pemandu bas persiaran yang menyebabkan 37 penumpang cedera selepas bas terbabas dan terbalik di Km5.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban di sini, kelmarin, mempunyai tiga rekod kesalahan lalu lintas.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superitenden Shafie Daud ketika dihubungi Bernama berkata antara kesalahan yang pernah dilakukan pemandu berkenaan adalah menyebabkan halangan lalu lintas.
"Pemandu bas berusia 42 tahun itu, mempunyai rekod kesalahan lalu lintas yang biasa.
"Dalam kemalangan semalam pula, kita sudah menghantar sampel air kencing dan darah kepada Jabatan Kimia, keputusan akan mengambil sedikit masa.
"Pemandu berkenaan bagaimanapun dibebas dengan jaminan polis," katanya di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 9 pagi semalam, sebanyak 37 penumpang cedera selepas sebuah bas persiaran terbabas dan terbalik di Km5.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban di sini.
Bas persiaran itu yang membawa 44 warga emas tempatan berusia lingkungan 50 hingga 70 tahun yang dalam perjalanan dari Ampang ke Puchong, dipercayai gagal dikawal akibat jalan licin.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor