Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam satu temu bual dipetik berkata, sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) inginkan beliau menerajui persatuan itu, beliau akan memikirkannya.
"Anda mahu saya jadi Presiden FAM? Pergi tanya KJ (Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin). Jika mereka (FAM) mahu, saya akan memikirkannya," kata Tony ketika Majlis Meraikan Wira Asia Tenggara di Sukan Olimpik Rio 2016, lapor Astro Arena.
Menurutnya, beliau kagum dengan pencapaian atlit Malaysia dan negara Asia Tenggara lain, yang telah memberinya lebih isnpirasi terutamanya pencapaian mereka di sukan Olimpik Rio, Brazil.
"Saya paling kagum dengan dua atlit di Olimpik Rio iaitu Joseph Schooling (perenang Singapura) dan Azizulhasni Awang (pelumba trek negara). Mereka mempamer sesuatu yang luar biasa.
"Schooling membuktikan atlit Asia Tenggara cukup berkualiti, dia menumbangkan jaguh dunia (Micheal Phelps). Azizul pula meneroka satu acara baru untuk Malaysia. Tubuhnya paling kecil tapi mampu menaiki podium.
"Mereka beri inspirasi kepada saya untuk melakukan sesuatu yang lebih besar," katanya.
Selain mengetuai Kumpulan AirAsia Tony juga memiliki kelab bola sepak kelabnya, Queens Park Rangers sedang menghuni tangga kelima Liga Kejuaraan Inggeris dan beliau juga pernah memiliki pasukan Formula Satu, Lotus Racing.
Kongres Pemilihan FAM pula akan berlangsung, tahun depan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor