Pages

Tuesday, September 20, 2016

JEREBU RAGUT NYAWA


Jerebu ragut nyawa


Jakarta - Korban jerebu di Asia Tenggara tahun lalu melebihi 100,000 kematian pramatang dan ia sekali gus menggesa tindakan untuk menangani 'jerebu pembunuh' itu.

Dalam satu kajian dari Universiti Harvard dan Columbia yang diterbitkan semalam, dianggarkan lebih 90,000 orang meninggal dunia di kawasan paling hampir dengan jerebu di Indonesia dan ribuan lagi di negara jiran termasuk Singapura serta Malaysia.

Menurut jurucakap kempen Greenpeace Indonesia, Yuyun Indradi, jika tiada perubahan jerebu pembunuh akan terus mengorbankan lebih banyak nyawa setiap tahun.

"Kegagalan untuk bertindak dan membendung kemalangan jiwa akan menjadi satu jenayah," katanya.

Kajian baharu yang bakal diterbitkan dalam jurnal Environmental Research Letters itu menggabungkan bersama data satelit dengan model kesan kesihatan daripada pendedahan asap dan bacaan daripada stesen pemantauan pencemaran.

Kajian menganggarkan 100,300 telah meninggal dunia tahun lalu di tiga negara iaitu 91,600 di Indonesia, 6,500 di Malaysia dan 2,200 di Singapura.

Bagaimanapun, kerajaan Malaysia menafikan dakwaan kajian dan memberitahu jumlah tersebut bercanggah dengan kiraan rasmi di mana hanya 19 kematian dilaporkan di Jakarta dan tiada kemalangan jiwa di Malaysia serta Singapura.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor