Shah Alam - Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik didenda RM1,900 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan menggunakan aplikasi Facebook dengan membuat dan melakukan penghantaran komen yang jelek dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.
Hakim, Slamat Yahya turut memerintahkan Abdul Rahim menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
Mahkamah turut menegur perbuatan Abdul Rahim yang sepatutnya menghormati dan memelihara institusi DiRaja yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Terdahulu, pada prosiding itu, Abdul Rahim membuat pernyataan maaf dan kekesalannya secara terbuka kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Abdul Rahim mengaku bersalah menggunakan kemudahan aplikasi Facebook miliknya secara sedar telah membuat dan melakukan penghantaran komen yang jelek dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Istana Mestika Jalam Permata 7/1, Seksyen 7, dekat sini jam 9 pagi pada 25 September 2015.
Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor