Pages

Tuesday, September 13, 2016

ELAK KONFLIK, PARTI KOMPONEN BN PERLU BERSATU


Datuk Seri Dr S.Subramaniam


Kuala Lumpur - Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) harus terus bersatu padu, dengan para pemimpinnya perlu saling menganggap parti komponen sebagai parti mereka, kata Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Sehubungan itu, katanya para pemimpin parti komponen perlulah mengelak daripada terlibat dengan sebarang konflik yang boleh menjejaskan BN.

"Dalam BN, kita ada konsensus dan semasa mesyuarat, kita membincangkan pelbagai isu dan membuat keputusan (mengenainya)," katanya kepada pemberita di ibu pejabat MIC di sini, hari ini.

Terdahulu, Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan, merasmikan satu pameran gambar sempena ulang tahun ke 70 parti itu.

Dr Subramaniam berkata, sebarang kritikan terbuka dalam kalangan parti komponen pasti menjadi isu yang kelak boleh melemahkan BN.

"Parti-parti komponen BN harus mengelak terbabit dalam debat terbuka yang boleh memanfaatkan parti pembangkang," katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor