Pages

Friday, August 19, 2016

SUSPEK BUNUH BILL KAYONG SERAH DIRI




Miri: Seorang daripada tiga suspek yang dikehendaki berhubung pembunuhan Setiausaha PKR cawangan Miri, Bill Kayong, pada Jun lalu, menyerah diri di balai polis Miri, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, lelaki berusia 50 tahun itu diiringi peguamnya ketika menyerah diri kira-kira 4.50 petang.

Menurut polis, suspek ialah pembantu peribadi seorang berpangkat ‘datuk’, dipercayai perancang pembunuhan Kayong.

Polis meminta bantuan Interpol untuk mengesan seorang ‘datuk’ berusia 45 tahun yang melarikan diri ke Singapura dan kemudian ke Melbourne, Australia.

Dalam kenyataan di sini, Dev berkata suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Miri esok, untuk mendapatkan perintah reman.

Beliau berkata polis juga sedang berusaha untuk mengesan suspek ketiga berusia 35 tahun yang memiliki sebuah pusat karaoke KTV.

Beliau berkata, Mahkamah Majistret Miri sudah mengeluarkan waran tangkap pada 9 Julai bagi ketiga-tiga mereka.

Kayong, 43, ditembak mati dalam Toyota Hilux kira-kira 8.30 pagi pada 21 Jun, di persimpangan lampu isyarat di Lutong dekat pasar raya E-Mart di Jalan Miri-Bintulu.




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor