Pages

Friday, August 19, 2016

PADAH MILIKI ROKOK SELUDUP




Petaling Jaya: Mahkamah Majistret, di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda ke atas tiga lelaki manakala seorang wanita pula didenda atas kesalahan memiliki rokok seludup.

Majistret Mohd Azali Ibrahim menjatuhkan hukuman denda RM3,049.60 terhadap wanita tempatan yang juga pemilik premis Izan Zalila Khalani, 35, manakala pekerja wanita itu Rasyidin, 23, warga Indonesia dihukum tiga hari penjara dan didenda RM3,049.60.

Dalam prosiding sama untuk kes berasingan, Mohd Azali turut memerintahkan seorang lelaki tempatan K Wignesbaba, 39, dihukum tiga hari penjara dan didenda RM2,144 serta seorang lelaki warga Indonesia Fakhruddin Ilyas Ibrahim, 23, dipenjara tiga hari dan denda RM2,464.30.

Mengikut kertas pertuduhan, semua tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012 dalam Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Keempat-empat mereka ditahan dalam serbuan berasingan dilaksanakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada 16 Ogos lalu sekitar Seri Kembangan.




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor