WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) memaklumkan ia akan menghantar pasukan ke Turki dalam tempoh beberapa hari lagi untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan kegiatan jenayah yang didakwa ke atas Fethullah Gulen yang merupakan bekas sekutu Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Kelmarin, Bloomberg melaporkan langkah itu dibuat selepas Erdogan meminta Washington supaya menghantar pulang ulama tersebut yang kini menetap di Pennsylvania selepas beliau dituduh sebagai dalang di sebalik cubaan rampasan kuasa di Ankara pada 15 Julai lalu.
Erdogan dikatakan turut melobi rakan sejawatannya dari AS, Barack Obama untuk mengekstradisi Gulen selepas gerakan Hizmet pimpinan beliau termasuk rangkaian sekolah antarabangsa, badan amal dan perniagaan diisytiharkan sebagai pertubuhan pengganas.
Bagaimanapun, pentadbiran Obama menegaskan Turki perlu mengemukakan bukti jelas mengenai aktiviti jenayah terbabit sebagai memenuhi peruntukan dalam perjanjian esktradisi tersebut.
Sebelum ini, Gulen telah menafikan penglibatannya dalam pemberontakan tersebut dan turut mengkritik Erdogan kerana didakwa cenderung untuk melaksanakan pemerintahan autoritarian atau berpegang teguh kepada peraturan serta undang-undang. - Reuters

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor