Pages

Sunday, August 21, 2016

MEDIA AS SOKONG KEMPEN HILLARY

Media AS sokong kempen Hillary

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Sebahagian besar pengundi di Amerika Syarikat (AS) yakin calon presiden Parti Demokrat, Hillary Clinton mendapat sokongan media untuk menewaskan pesaingnya dari Parti Republikan, Donald Trump dalam merebut jawatan di Rumah Putih.

Kaji selidik Morning Consult diterbitkan, kelmarin menunjukkan kira-kira 38 peratus percaya liputan berita adalah lebih berpihak kepada bekas Setiausaha Negara AS itu, manakala hanya 12 peratus mempunyai pendapat sama terhadap jutawan hartanah terbabit.

Pengundi juga menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tahap kesamarataan liputan kempen dengan 33 peratus menyifatkan ia sebagai 'lemah' untuk setiap calon.

Dalam perkembangan berkaitan, Paul Manafort dilaporkan telah meletak jawatan sebagai pengerusi kempen Trump dan keputusan itu turut diterima dengan hati terbuka oleh calon kontroversi tersebut.

"Saya amat menghargai segala kerja keras beliau sepanjang tempoh berkempen. Manafort adalah profesional sebenar dan semoga dia terus berjaya," katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor