Georgetown - Georgetown World Heritage Incorporated (GTWHI) hari ini meredakan kebimbangan bahawa Georgetown boleh kehilangan status Tapak Warisan Unesco disebabkan oleh surat.
"Ia bukannya mudah untuk dianugerahkan status tapak Warisan Unesco dan ia bukan mudah untuk dikeluarkan dari senarai status," kata pengurus besarnya, Dr Ang Ming Chee ketika dihubungi.
Beliau ditanya mengenai surat yang dihantar oleh Penang Forum kepada ibu pejabat Unesco di Paris yang menyuarakan kebimbangan bahawa Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) akan menimbulkan bahaya yang serius dan khusus kepada tapak warisan.
Penang forum, pertubuhan bukan kerajaan yang berpusat di Pulau Pinang mendakwa bahawa PTMP mengancam nilai universal tapak warisan dunia Georgetown.
Ang semalam melahirkan rasa kesal terhadap tindakan yang diambil oleh Penang Forum untuk memintas GTWHI sebagai pengurus tapak dan Jabatan Warisan Negara sebagai pihak berkuasa persekutuan bertanggungjawab terhadap tapak warisan.
"Tindakan ini menyebabkan pejabat saya berada dalam kedudukan yang sangat sukar dan saya berharap insiden seperti itu tidak berulang kerana saya mahu bekerjasama dengan semua pihak walaupun berbeza pendapat demi memelihara tapak tersebut.
"Saya sedang menulis laporan kepada Jabatan Warisan Negara menjelaskan situasi dan mereka perlu melaporkan kembali kepada ibu pejabat Unesco," kata beliau.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor