
Kuching - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya esok untuk membincangkan pelbagai perkara.
Menurut kenyataan Pejabat Ketua Menteri hari ini, perkara akan dibincangkan pada pertemuan itu adalah mengenai penurunan kuasa, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan cadangan-cadangan, Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.
Adenan juga akan menyerahkan dua memorandum kepada Najib mengenai pendirian kerajaan negeri berhubung perkara berkenaan, menurut kenyataan itu.
Ketua menteri telah menyentuh secara panjang lebar mengenai proses penurunan kuasa pada sidang Dun Sarawak Ke-18 baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor