Pages

Wednesday, June 1, 2016

[TEMERLOH] RUMAH TERBAKAR: 25 PENDUDUK TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG


Kebakaran


Dua puluh lima penduduk daripada empat rumah di Kampung Baharu Cina di sini tinggal sehelai sepinggang setelah kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran malam tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Hasanuddin Husein berkata, bomba mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada 9.37 malam dan tiba di lokasi kebakaran itu lima minit kemudian dengan tiga jentera bersama 15 anggota.

"Dengan bantuan bersama Bomba Komuniti Sukarela Kampung Baharu api berjaya dikawal dalam masa kira-kira 15 minit daripada terus merebak ke rumah yang lain," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Hasanuddin berkata, biarpun bomba berhadapan kesukaran dalam operasi pemadaman itu kerana kawasan rumah terlalu rapat dan diikuti berpuluh-puluh kenderaan penduduk menghalang laluan namun tidak menghalang anggotanya bertindak pantas memadam kebakaran sepenuhnya dalam tempoh 30 minit kemudian.

Beliau berkata bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kejadian beserta jumlah kerugian masih dalam siasatan.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor